Assalamualaikum.... Bismillah....
Sabtu, 3 Disember 2016 @W-2B-07, Runnymede 2
[Cuaca di luar cerah, dan suhu dianggarkan sekitar 6-8 degC]
Gambaran...
Sendirian di dalam bilik (seperti kebiasaan) di flat pelajar. Sambil membuat assignment, sambil berblog. Status kini ialah pelajar (terlajak usia), dalam sekitaran yg baru dan penuh cabaran serta expectations. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah bagi. Semoga aku tidak menjadi lalai dengan ujian nikmat ini
| View from my window |
Isi hati...
Tak pernah terfikir akan menjejak bumi UK untuk postgraduate study pada usia menginjak 40. Pernah ada rasa cemburu melihat mereka yg beruntung mendapat tajaan (penuh) belajar di luar negara. Kerana, di tanahair, overseas graduate dipandang tinggi. Kami yg cuma dari IPTA tempatan sedikit sebanyak berasa di'pinggir'kan (tak semua, mungkin segelintir).
[Maaf....harus ke laundreatte untuk keringkan pakaian...be right back in 10mins...]
.... 10 mins later...
Ah ha, dh kembali duduk depan laptop. Rencana hari ini ialah ke Pekan Slough, tapi disebabkan pergelangan kaki kanan sakit balik (twisted maybe?), terpaksalah berehat sahaja di dalam bilik. Aduhh... Mungkin ada hikmahnya, kerana Allah itu terbaik perancanganNYA yg kita sbg manusia always fail to understand, sebaliknya kita akan merungut dan menunjukkan sifat tidak bersyukur.
Sekitar Halls of Accommodation di Royal Holloway
Setiap kali weekend, akan sunyi dan lebih aman. Last week, sy ke London utk beberapa urusan, yg mana sesetengahnya tidak menjadi atas sebab tidak dapat dielakkan. But, I had the opportunity to make new friends, seperti Auntie Esther, Auntie Mia, Rifki Akbar (MSc. student of Imperial College London), and his lovely wife Putri Atikasari (University of Bristol). Rifki dan Putri adalah teman kepada Ega, sahabat dari SEARG yg akan kembali pulang ke Indonesia kerana telah selesai perjuangannya dlm pengajian PhD. Tahniah Ega! Anda telah membuktikan yg anda layak untuk dianugerahkan Doctor of Philosophy dari University of London. Sayangnya, Ega cuma akan kembali ke Egham untuk Summer Convocation tahun depan bersama isteri dan anaknya yg sangat dirindui (hanya mereka yg sudah bernikah akan sangat memahami.... And I am not yet married to anyone, so I guess, I am an exception).
I need to go now. I will write more later if I have something in mind to share with... Till then, take care.